TENGOK WAYANG SENDIRI | Suhazli Part #3

Tilam, Bantal Kekabu dan Hiasan Dalaman di Gebo-Gebo, Putrajaya

Jika anda tinggal di Putrajaya atau sekitar, kami rasa anda perlu tahu tentang "Gebo-Gebo - by Shahrizan Rajak".

Dikuasakan oleh semangat dan iltizam seorang anak muda yang kami kenal, Shahrizan, Gebo-Gebo menawarkan produk-produk kekabu seperti bantal, tilam dan juga cadar serta karpet. Produk-produk lain termasuk aksesori dan hiasan dalaman.

Apa yang istimewa dengan Gebo-Gebo? Pada kami, jika anda cukup rajin untuk meninjau dari kedai ke kedai mencari tilam dan bantal kekabu, banyak pilihan yang anda boleh dapat di sekitar Lembah Klang. Tetapi ramai daripada kita yang bekerja dari pagi hingga petang, suka dengan servis-servis yang menawarkan COD dan penghantaran ke rumah.

Manakan tidak, jangankan WOW Shop di saluran TV rangkaian Media Prima, Tesco pun sekarang sanggup hantarkan barang dapur ke pintu!

Apa yang kami kagumi dengan Gebo-Gebo, mereka tidak ralat membuat penghantaran percuma produk-produk tilam dan bantal kekabu (dan produk lain juga) buat pelanggan di Putrajaya dan Cyberjaya. Untuk pelanggan di lokasi lain, ada sedikit caj bergantung kepada kawasan. Masa penghantaran pula, selepas waktu pejabat pun boleh!

Kami sendiri pun selesa kalau delivery dibuat pada waktu malam, kerana seharian di pejabat tentulah kami tak mahu tilam dihantar ke pejabat. Apatah lagi kalau rumah apartment, eloknya sampai terus ke rumah pada waktu kami sedia menerimanya.

Apabila kami tanyakan kepada Shahrizan, kenapa beliau pilih tilam dan bantal bukan produk dari pasaran niche lain, jawapannya mudah. Hasratnya ialah untuk menyelesaikan masalah pelanggannya.

Fokus utamanya ialah untuk pelanggan yang mempunya bajet yang sederhana. Produk tilam ditawarkan dengan harga mampu milik.

Menurutnya juga, ramai pelanggannya gembira apabila produk dihantar pada waktu yang fleksibel selepas waktu pejabat. Maklumlah, di Putrajaya ramai kakitangan awam yang seharian kerja di pejabat.

Selain itu, Gebo-Gebo menyelesaikan masalah bagi mereka yang tinggal di rumah apartment bersaiz
sederhana. Apabila tetamu atau saudara datang bermalam, mereka tiada tilam yang boleh disimpan dan dikeluarkan apabila perlu. Dengan tilam kekabu Gebo-Gebo, mereka lebih selesa menerima tetamu dan sanak saudara.

Ini belum lagi masuk pelanggan yang terdiri daripada ibu-ibu yang berpantang dan bakal melahirkan. Gebo-Gebo ada tilam untuk si ibu dan si manja.

Perkembangan terbaru, kami dengar Gebo-Gebo juga membuka booth flea market di Pusat Kejiranan Presint 16 setiap Sabtu atau jika dimaklumkan dalam laman FB rasminya. Jika anda kebetulan ada di sekitar, boleh singgah dan jumpa sendiri dengan Shahrizan. Beliau ramah orangnya dan sangat tidak kekok melayan pelanggan macam kawan yang sudah kenal lama.

Jika tidak, boleh singgah ke laman Fb atau Insta Gebo-Gebo. Boleh lihat keriangan yang terpancar pada wajah-wajah pelanggan Gebo-Gebo!

Facebook: https://www.facebook.com/byShahrizan.Rajak/
Instagram: https://www.instagram.com/gebo_gebo/

Malaysia Reviu Muncul!

Salam kemunculan buat semua warga maya! Malaysia Reviu kini muncul. Kami akan bawakan reviu produk-produk yang kami fikirkan hip dan yang penting buatan Malaysia. Lebih penting daripada itu, kami tulis apa yang kami suka. Kami harap anda pun akan suka apa yang kami suka.

Jika anda rasa kami perlu reviu produk atau servis anda, PM kami di laman FB Malaysia Reviu